Catatan

Imej
 Bismillah... Rasulullah ShallAllahu 'Alaihi Wasallam Bersabda: "Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat kelak.” (Muslim) “Barangsiapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim di dunia, Allah menutupi (aib) nya pada hari kiamat.” (Ahmad) "Barang siapa yang menutupi aib saudaranya muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barang siapa menyebarkan aib saudaranya muslim, maka Allah akan menyebarkan aibnya hingga terbukalah keburukannya di dalam rumahnya.” (Ibnu Majah) "Barang Siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat.” (Ibnu Majah) “Siapa melihat aurat (aib orang lain) lalu menutupinya, maka seakan-akan ia menghidupkan bayi yang dikubur hidup-hidup.” (Abu Daud) "Barangsiapa yang meringankan (menghilangkan) kesulitan seorang muslim kesulitan-kesulitan duniawi, maka Allah akan meringankan (menghilangkan) baginya kesulita...

DALIL MANA DALIL.....

Dewasa ini, kita menyaksikan fenomena masyarakat awam dimomokkan oleh pihak tertentu untuk bertanya dalil pada setiap amalan agama. Apa yang lebih parahkan keadaan ialah dalil yang diminta itu mesti dilihat ianya disebut secara jelas dalam al-Qur’an dan Hadith sahih. Jika tidak ada, maka mereka anggap ianya bukan dalil sebab menganggap ianya hanyalah rekaan Ulama yang tidak maksum. Akhirnya, apa yang terjadi ialah berlakunya penyempitan pengertian “dalil” dalam keilmuan Islam, yakni mereka telah mempersempit pengertian dalil hanya terhad pada ayat al-Qur’an dan Hadith sahih sahaja. Padahal, Ulama mempunyai pelbagai kaedah pendalilan untuk menzahirkan hukum-hakam agama.  Ini adalah sebuah kekeliruan yang amat nyata dalam fenomena “mana dalilnya”. Ya kita faham kepentingannya jika ia berlaku dikalangan Ulama, namun yang menakjubkan ialah ia menjadi budaya dikalangan masyarakat awam sedangkan dalam budaya ilmu, tuntutan mengetahui dalil untuk masyarakat awam hanya berlaku dalam pengaj...

Tahlil ketika pengebumian adalah sunnah

Imej
ASSALAMUALAIKUM... TALQIN KETIKA PENGEBUMIAN ADALAH SUNNAH Pernah saya menghadiri sebuah pengurusan jenazah dan ketika pengebumian, para ahli keluarga inginkan agar talqin dibacakan, namun anak kepada jenazah berkeras tidak mahu talqin dibacakan kerana menurutnya ia adalah perbuatan bid’ah dan tidak ada Hadith sahih yang mensabitkannya. Maka berlaku sedikit ketegangan antara sesama ahli keluarga sehinggalah akhirnya talqin tidak dibacakan. Saya sedih melihat keadaan tersebut, bukan kerana talqin tidak dibacakan, sebab hukumnya sunat, tidak wajib dan pengebumian tetap sah tanpa talqin. Tapi apa yang menyedihkan ialah kesalahfahaman segelintir pihak terhadap status Hadith da’if sehingga ia menjadi penghalang baginya untuk melakukan sunnah yang telah disepakati oleh jumhur Ulama.  Tambahan pula, dia menganggap bahawa talqin adalah bid’ah yang patut dijauhi hanya kerana ia berdasarkan Hadith da’if. Ya benar Hadith mengenai talqin adalah Hadith da’if yang berat. Namun ia tidak menghalan...

Gambaran hari kiamat

Imej
Mengalir air mata ku tanpa ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaghfirullahulazim!!! Selepas Malaikat Israfil a.s meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Malaikat Izrail a.s dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Malaikat Izrail a.s pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, ALLAH SWT pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu ALLAH SWT sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup ...

Cerita Di Gaza

Selama 15 tahun, pihak berkuasa Zionis telah menafikan bekalan elektrik kepada rakyat Gaza. Pengepungan yang dikenakan oleh Israel telah menyebabkan penduduk tidak dapat mencari penyelesaian yang mudah bagi masalah elektrik, yang menjejaskan semua sektor masyarakat sivil yang berkhidmat kepada rakyat Palestin dan institusi penting mereka. Gaza memerlukan 500 megawatt (MW) elektrik setiap hari, tetapi hanya mendapat 200 MW. Daripada jumlah ini, 120 MW datang dari Israel; 20MW datang dari Mesir; dan selebihnya datang dari satu-satunya loji janakuasa Gaza yang beroperasi dengan kapasiti yang sangat rendah disebabkan kekurangan bahan bakar dan pengepungan. Israel meletupkan loji janakuasa 14 tahun yang lalu, dan sejak itu telah menghalang pembinaan semula loji tersebut. Israel juga menghalang penambahbaikan terhadap sistem bekalan elektrik. Barang-barang penting tidak dapat diimport dan pembaikan tidak dapat dilakukan. Rakyat Gaza hanya menerima bekalan elektrik selama 8 jam, diikuti denga...

Hadith tentang menutup aib

 Bismillah... Rasulullah ShallAllahu 'Alaihi Wasallam Bersabda: "Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat kelak.” (Muslim) “Barangsiapa menutupi (aib) saudaranya sesama muslim di dunia, Allah menutupi (aib) nya pada hari kiamat.” (Ahmad) "Barang siapa yang menutupi aib saudaranya muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barang siapa menyebarkan aib saudaranya muslim, maka Allah akan menyebarkan aibnya hingga terbukalah keburukannya di dalam rumahnya.” (Ibnu Majah) "Barang Siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat.” (Ibnu Majah) “Siapa melihat aurat (aib orang lain) lalu menutupinya, maka seakan-akan ia menghidupkan bayi yang dikubur hidup-hidup.” (Abu Daud) "Barangsiapa yang meringankan (menghilangkan) kesulitan seorang muslim kesulitan-kesulitan duniawi, maka Allah akan meringankan (menghilangkan) baginya kesulitan di akhirat...
Imej
Aku ada seorang kawan bernama Ana. Ana ni jual kuih muih dkt bazar ramadhan. Setiap tahun mmg dia akan tolong mak ayah dia jual kuih. Ada satu ketika tu, si Ana ni ada bercerita satu kisah kat aku yg boleh dijadikan iktibar untuk kita semua. Dia cerita kat aku, tahun lepas dia berniaga bazar ramdhan macam biasa. Sebelah khemah gerai dia ni, ada seorang makcik yg jual nasi kukus ayam berempah. Nasi kukus makcik ni memang best. Satu set RM6.50. Beratur orang nak beli dia punya nasi kukus setiap hari. Anak perempuan makcik ni ada jugak datang tolong setiap petang. Ana yg jual kuih muih sebelah makcik ni pun dapat tempias sebab bila orang ramai beratur nak beli nasi kukus makcik ni secara tak langsung kuih muih Ana pun turut laku. Sebelah menyebelah katakan.. Okay, apa yang Ana ni nak ceritakan kat aku, ada seorang akak ni suka pakai tudung warna pink selalu datang beli kat gerai makcik ni. Yelah kata Ana, dah tudung pink.. Baju pun pink, memang lah Ana ni perasan katanya..hehe Ana gel...