Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

DALIL MANA DALIL.....

Dewasa ini, kita menyaksikan fenomena masyarakat awam dimomokkan oleh pihak tertentu untuk bertanya dalil pada setiap amalan agama. Apa yang lebih parahkan keadaan ialah dalil yang diminta itu mesti dilihat ianya disebut secara jelas dalam al-Qur’an dan Hadith sahih. Jika tidak ada, maka mereka anggap ianya bukan dalil sebab menganggap ianya hanyalah rekaan Ulama yang tidak maksum. Akhirnya, apa yang terjadi ialah berlakunya penyempitan pengertian “dalil” dalam keilmuan Islam, yakni mereka telah mempersempit pengertian dalil hanya terhad pada ayat al-Qur’an dan Hadith sahih sahaja. Padahal, Ulama mempunyai pelbagai kaedah pendalilan untuk menzahirkan hukum-hakam agama.  Ini adalah sebuah kekeliruan yang amat nyata dalam fenomena “mana dalilnya”. Ya kita faham kepentingannya jika ia berlaku dikalangan Ulama, namun yang menakjubkan ialah ia menjadi budaya dikalangan masyarakat awam sedangkan dalam budaya ilmu, tuntutan mengetahui dalil untuk masyarakat awam hanya berlaku dalam pengaj...

Tahlil ketika pengebumian adalah sunnah

Imej
ASSALAMUALAIKUM... TALQIN KETIKA PENGEBUMIAN ADALAH SUNNAH Pernah saya menghadiri sebuah pengurusan jenazah dan ketika pengebumian, para ahli keluarga inginkan agar talqin dibacakan, namun anak kepada jenazah berkeras tidak mahu talqin dibacakan kerana menurutnya ia adalah perbuatan bid’ah dan tidak ada Hadith sahih yang mensabitkannya. Maka berlaku sedikit ketegangan antara sesama ahli keluarga sehinggalah akhirnya talqin tidak dibacakan. Saya sedih melihat keadaan tersebut, bukan kerana talqin tidak dibacakan, sebab hukumnya sunat, tidak wajib dan pengebumian tetap sah tanpa talqin. Tapi apa yang menyedihkan ialah kesalahfahaman segelintir pihak terhadap status Hadith da’if sehingga ia menjadi penghalang baginya untuk melakukan sunnah yang telah disepakati oleh jumhur Ulama.  Tambahan pula, dia menganggap bahawa talqin adalah bid’ah yang patut dijauhi hanya kerana ia berdasarkan Hadith da’if. Ya benar Hadith mengenai talqin adalah Hadith da’if yang berat. Namun ia tidak menghalan...

Gambaran hari kiamat

Imej
Mengalir air mata ku tanpa ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaghfirullahulazim!!! Selepas Malaikat Israfil a.s meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Malaikat Izrail a.s dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Malaikat Izrail a.s pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. Selepas semua makhluk mati, ALLAH SWT pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu ALLAH SWT sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. Sekelian manusia hidup ...