PANGLIMA HITAM Siapa sebenarnya gerangan yang dipanggil Panglima Hitam? Adakah beliau seorang yang benar-benar hebat sehingga nama Panglima Hitam ini menjadi suatu nama Lagenda dalam ilmu beladiri Melayu ini? Dalam ruangan dan kesempatan ini, saya cuba untuk berkongsi fakta tentang Panglima Hitam ini setakat pada pengetahuan saya. Mungkin ramai di kalangan kita yang lebih arif tentang sejarah siapa sebenarnya Panglima Hitam ini. Harap ada yang sanggup berkongsi pandangan dan fakta yang saya rasakan perlu untuk kita kenal siapa sebenarnya Panglima Hitam ini. Menyingkap kewujudan Panglima Hitam, sejarah telah menunjukkan yang setiap Sultan mempunyai pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran yang digelar Panglima Hitam. Maknanya, Panglima Hitam ini merupakan suatu nama gelaran dan bukan hanya tertakluk pada seseorang individu. Antara yang tersohor ialah; Panglima Hitam (Taiping) atau nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning anak raja Bugis yang menjadi pendekar terbilang pad...
Assalamualaikum...agak lama juga saya tidak keudara di halaman blogger ini..kesibukan dengan kehidupan duniawi yang membuatkan saya sedikit terleka..Dengan izin Allah saya akan meneruskan kembali blog ini...
MELAYU SEPERTI YANG DIISYTIHARKAN OLEH SYEIKH ABDULLAH AL-QUMAIRI Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau merupakan seorang ahlul-bait Rasulullah SAW selain murid kanan kepada Sultanul Awliya’ Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir al-Jailani Qadasallah Sirruh. Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Abdul Qadir al-Jailani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam di Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya . Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana beliau berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kalaha dengan izin Allah SWT . Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawangsa, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang menga...
Ulasan
Catat Ulasan