Kisah Niqab

" Abah, ada orang nak masuk minang kakak. "

Anak gadisnya yang memakai secebis kain di muka (purdah) itu baru berusia 20-an. Baru nak kenal dunia.

Kata abahnya: " Kakak kenal dia dekat mana ? Orangnya bagaimana ? Jaga solat atau tidak ? "

Balas anaknya: " Kakak kenal dia di facebook, kenal begitu-begitu saja. Orangnya solat. Dia yang cakap. "

Abah si gadis terdiam seketika. Entah apa yang sedang bermain di akal pikiran seorang ayah.

" Kakak tak kenal dia siapa. Kenal begitu-begitu saja. Tapi dah berani nak masuk minan anak dara orang. Kakak pikirkan dulu semua ini. Jangan terima bulat-bulat je. "

Anak gadisnya angguk tanda setuju.

Akhirnya mereka putuskan untuk lakukan solat istikarah.

Selepas seminggu istikarah. Hasil jawapan dari istikarah kedua-dua memutuskan untuk bina mahligai syurga duniawi..

Kedua-dua saling berkenan sekalipun si lelaki belum melihat muka si muslimah kerana si muslimah enggan beri gambar tak pakai niqab.

Sebelum datang berjumpa keluarga si perempuan. Lelaki itu pernah berkata:

"Saya menyukai awak ikhlas. Tak pilih awak kerana paras rupa awak. Saya pilih awak kerana Allah"

Gadis itu hanya mengiakan tutur kata lelaki itu. Tetapi jauh di sudut hati. Bahagia tak terkata.

Sangkaanku apa yang di hati si gadis.

'Bahagia tak terkata bila ada lagi tak pilih paras rupa semata'

Setiba sampai dirumah keluarga si perempuan. Calon perempuan membuka niqab untuk lelaki itu lihat sendiri.. Setelah dilihat lelaki itu mohon diberi sedikit masa sebelum beri kata putus..

Selepas seminggu sunyi sepi...

" Assalamualaikum. Awalnya saya nak pesan. Tabahkan hati awak. Awak, saya nak minta maaf. Sorry sangat. Saya tak dapat kawini awak... "

Balas si gadis:

" Tapi kenapa awak ? Bukankah awak kata awak cintai saya kerana Allah ? Tak pilih paras rupa ? "

" Awak. Not my test. " balas si lelaki.

" Tapi kenapa lepas awak dah tengok muka saya awak berubah pikiran sedang sebelum ini sejuta janji manis awak berikan pada saya.

Tak pilih paras rupa
Tak pilih paras rupa

Mana janji awak. Mana pergi tiap janji awak. Apa semua ni. Permainan apakah ini semua ?

Keluh si muslimah niqab penuh kecewa tak dapat ditahan lagi..

" Saya minta maaf awak... Saya tak tahu kenapa, lepas tengok muka awak saya jadi rasa kosong..  Perasaan saya berbela bagi. Jiwa kosong, hati saya ini terasa kosong sangat-sangat.. "

Si gadis mula mengalirkan airmata. Hancur juga akhirnya tiap impian.

"Adakah ini semua sebab paras rupa ?

Kalau ya...

Mana pergi bicara manis awak tak pilih paras rupa ? Konon cinta kerana Allah ?

Kalau benar kerana Allah...

Kenapa hancurkan segala niat ? Mana pergi tiap janji awak dulu ? Kenapa awak berubah hati. Kenapa awak.... ?

Sekali lagi si gadis muslimah niqab itu kecewa. Tapi kali ini jauh lebih parah kerana airmata tak mampu ditahan lagi akibat janji yang tak dipenuhi hanya bicara kencang lembu pun boleh terbang.

" Saya minta maaf.. Jangan hubungi saya lagi. Sekian..."

Perkataan maaf itu makin buat si muslimah tak mampu menahan sebak kecewa.

Usaha call berkali-kali namun tiada respon bahagia.. akhirnya hanya duka teman hati yang terluka..

Akhirnya si muslimah meninggalkan nota kecil yang disampaikan melalui mesej.

Pesanan akhir ini khas untuk semua lelaki terutama sekali lelaki yang telah hancurkan, robek-robekkan hati dan perasaan ini..

" Wahai para lelaki.

Mudah berkata tak pilih 'paras rupa' pada bibir. Tapi tidak pada 'hati', Allah lebih tahu hatimu melebihi dirimu sendiri..

Mudah berkata cinta kerana Allah tapi tidak pada hati. Hanya hati yang tulus ikhlas nilaian semata bukan bibir yang penuh bicara manis...

Jika benar hatimu tulus... Buktikan. Jangan hanya bicara penuh manis!

Dan kepada muslimah yang memakai niqab ingatlah bahawa...

Wajahmu sungguh mahal. Jangan perlihatkan semudah memiliki kangkung dipasar pagi. Sekalipun lelaki yang ingin melihat itu ingin menikahimu. Pintalah dia datang kerumah. Berjumpa walimu jika mahu melihat rupa disebalik kain.

Jaga dirimu kerana dirimu permata agama

#Stokin Merah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PANGLIMA HITAM