PANGLIMA HITAM Siapa sebenarnya gerangan yang dipanggil Panglima Hitam? Adakah beliau seorang yang benar-benar hebat sehingga nama Panglima Hitam ini menjadi suatu nama Lagenda dalam ilmu beladiri Melayu ini? Dalam ruangan dan kesempatan ini, saya cuba untuk berkongsi fakta tentang Panglima Hitam ini setakat pada pengetahuan saya. Mungkin ramai di kalangan kita yang lebih arif tentang sejarah siapa sebenarnya Panglima Hitam ini. Harap ada yang sanggup berkongsi pandangan dan fakta yang saya rasakan perlu untuk kita kenal siapa sebenarnya Panglima Hitam ini. Menyingkap kewujudan Panglima Hitam, sejarah telah menunjukkan yang setiap Sultan mempunyai pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran yang digelar Panglima Hitam. Maknanya, Panglima Hitam ini merupakan suatu nama gelaran dan bukan hanya tertakluk pada seseorang individu. Antara yang tersohor ialah; Panglima Hitam (Taiping) atau nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning anak raja Bugis yang menjadi pendekar terbilang pad...
Ulasan
Catat Ulasan